MagzNetwork

Gangguan

Posted by Hamba Perjuangan | 2:24 PM | 0 comments »

Diriwayatkan daripada Abdullah bin A'mir bin Rabia'h daripada ayahnya berkata; Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkah-lakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah s.a.w., baginda menepuk-nepuk dadanya kemudian berdoa; “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian Baginda bersabda kepadanya; “bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat”. Rasulullah s.a.w. seterusnya bersabda; “Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan rasukan memang benar berlaku”

Kisah lain lagi :

Berkata al Qadhi Abu al Hasan bin al Qadhi Abi Ya'la bin al Farra' al Hanbali dalam kitab Tabaqat Ashab Al Imam Ahmad: saya mendengar Ahamad bin U'baidillah berkata: saya mendengar Abu Hasan A’li bin Ahmad bin A’li al A'kbari yang datang dari A'kbara pada bulan Zulhijjah tahun 352H. Beliau berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku, dia berkata:

Saya pada suatu ketika berada di masjid Abi A'bdillah Ahmad bin Hanbal. Sultan al Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik perempuan sultan mengalami kerasukan. Lalu memohon daripada Imam Ahmad supaya mendoakan kesihatan untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad mengeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwudhuk, lalu memberikannya kepada utusan tersebut seraya berkata: “Kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepada perempuan itu. Cakapkan kepada jin itu; "Ahmad bertanya kepadamu: Mana di antara dua perkara yang kamu sukai; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali!"

Utusan tersebut kemudiannya beredar ke istana sultan dan melakukan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Lalu jin yang merasuk tadi, melalui lidah perempuan itu berkata: “Kami dengar dan kami taat... dan sekiranya Ahmad mengarahkan kami keluar dari negeri Iraq sekalipun kami akan keluar. Dia sebenarnya seorang yang sangat taatkan Allah. Sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya juga”. Jin itu keluar dari tubuhnya. Perempuan itu seterusnya kembalil sihat dan kemudiannya dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi menggangu perempuan itu. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusannya kepada murid Imam Ahmad iaitu Abi Bakr al Mawarzi dan menceritakan kepadanya keadaan yang telah berlaku. Setelah itu al Mawarzi mengambil terompah kayu yang sama segera pergi ke istana sultan untuk mengubati perempuan itu. Jin yang merasuk itu berkata: “Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan mentaati mu dan tidak mahu menerima mu. Adapun Ahmad, dia adalah seorang yang sangat mentaati Allah, dengan sebab itu kami mentaatinya”

0 comments

Post a Comment