MagzNetwork

Kalimah Tayyibah

Posted by Hamba Perjuangan | 11:02 AM | 0 comments »

Setiap Muslim wajib memastikan bahawa diri mereka sentiasa berada dalam ketauhidan dan keimanan kepada Allah dengan melakukan setiap perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Orang muslim juga wajib menjaga, mengawal, memelihara kalimah Shahadah ini supaya tidak tercabut daripada dirinya atas nama Murtad, atas nama Fasik, atas nama Jatuh Pangkat ( tidak berakhlak ) dan sebagainya. Kalimah shahadah seseorang itu juga boleh gugur jika mereka tidak berhati-hati dalam melakukan tindakan dan perbuatan seharian.


Kewajipan mengucap dua khalimah shahadah selain daripada dalam solat samada solat fardhu atau solat sunat , merupakan suatu kewajipan, apabila ;-

i. Sampai umur taklif syarak bagi lelaki dan perempuan Islam.

ii. Orang kafir yang ingin memeluk Islam

iii. Orang murtad yang ingin kembali kepada agama Islam


Manakala sunat pula mengucap dua khalimah shahadah bagi golongan-golongan ini, iaitu :-

i. Apabila seseorang itu telah sedar daripada pitam

ii. Apabila seseorang itu telah siuman daripada gila

iii. Apabila seseorang yang baru sedar daripada mabuk

iv. Sebelum seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.


Antara tujuan mengucap dua khalimah shahadah ini diucapkan adalah untuk memastikan diri seseorang muslim sentiasa kekal dalam tauhid kepada Allah samada Tauhid Asma, Tauhid sifat, dan Tauhid zat. Iaitu mengeluarkan diri seseorang daripada syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah, melatih diri supaya sentiasa berpegang, bergantung dan berharap atas keagungan dan kebesaran Allah di semua tempat, kelakuan dan masa melalui lidah, perbuatan dan hati dan sejauh mana tahap yakin dan keiklasan diri berada dalam tauhid kepada Allah. Pada tahap inilah berkat dan kelebihan Allah dizahirkan pada diri seseorang muslim bersesuaian dengan apa yang telah tersirat dalam surah Ikhlas, iaitu :-


1) Setiap Muslim wajib berittikad bahawa zat Allah bersifat dengan sifat Wahdaniat, iaitu Allah itu Maha Esa pada perbuatan, SifatNya dan pada ZatNya. Maka dengan sifat Wahdaniat itu, maka tertolaklah Kam yang lima dalam bab Usuuluddin pada membicarakan Wahdaniat., iaitu :-

a) Kam Munfasil pada zat, iaitu zat Allah tidak terdiri daripada unsur-unsur tulang, daging, darah dan sebagainya, sebagaimana manusia.

b) Kam Muttasil pada zat, iaitu tiada zat yang lain yang menyamai zat Allah.

c) Kam Mufassil pada sifat, iaitu Allah bukan terdiri daripada dua benda yang sejenis denganNya.

d) Kam Muttasil pada sifat, iaitu tiada sifat lain yang menyamai sifat Allah

e) Kam Muttasil pada perbuatan, iaitu tiada perbuatan lain yang menyamai dengan perbuatan Allah.

2) Setiap muslim wajib berittikad bahawa zat Allah bersifat dengan semua sifat kesempurnaan. Contohnya zat Allah itu bersifat Wujud, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar, Kalam, Kaunuhu Qadirun, Kaunuhu, Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Samian, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakaliman.

3) Setiap muslim wajib berittikad bahawa zat Allah bersifat Qidam dan Baqa.

4) Berittikad bahawa Zat Allah bersifat dengan sifat Qiyamuhu Binafsihi

0 comments

Post a Comment